Sofia II

Oh Sofia, terimalah cintaku ini
Mmm tidak boleh
Erh Mengapa Sofia? Mengapa
Saya cuma anggap awak, sebagai seorang kawan

Jelas berlegar, berulang di fikiran
Tanpa ragu dikata, hanya seorang kawan
Apakah nilai, hati yang telah dicemar
Diracun parasit yang digelar Harapan
Beribu emosi yang menghantui jiwa
Menghasut segala rasional diminda
Tulus memberi cinta dibalas dengan dusta
Inikah yang kau mahu? Puaskah kini hatimu

Sofia Sofia, mana pun kau sembunyi
Bila kau kan sedari? Kau akan ku miliki
Sofia Sofia, kini tiba masanya
Kita kan berbahagia, bersama selamanya

Senyum tertawa, bermain di wajah mu
Dimanakah puncanya? Tanpaku disisimu
Dia, DIA sempurnakah dirinya
Yang kau janjikan setia? Hingga aku kau lupa
Tiap malam diluar tingkap rumahmu
Dilindung bayang malam ku perhati hidupmu
Janji semua untukmu, mati pun dia rela
Tapi demi cintamu, kan ku bunuh seribu jiwa

Sofia Sofia, mana pun kau sembunyi
Bila kau kan sedari? Kau akan ku miliki
Sofia Sofia, kini tiba masanya
Kita kan berbahagia, bersama selamanya
Sofia Sofia, mana pun kau sembunyi
Bila kau kan sedari? Kau akan ku miliki
Sofia Sofia, kini tiba masanya
Kita kan berbahagia, bersama selamanya

Aku dah buka hati aku sepenuhnya untuk kau
Tapi tetap kau layan aku macam sampah
Apa yang teruk sangat kau nampak dekat aku ni
Sampai kau jauhkan diri
Rupa aku? Harta aku? Kau tahu tak
Lagi kau tolak, lagi aku akan tertarik dengan kau
Ini takdir kita Sofia, Terimalah, Tak guna kau lari lagi
Sebab dalam mati pun, aku akan cari kau Sofia

Sofia Sofia, mana pun kau sembunyi
Bila kau kan sedari? Kau akan ku miliki
Sofia Sofia, kini tiba masanya
Kita kan berbahagia, bersama selamanya
Sofia Sofia, mana pun kau sembunyi
Bila kau kan sedari? Kau akan ku miliki
Sofia Sofia, kini tiba masanya
Kita kan berbahagia, bersama selamanya

Saya cuma anggap awak, sebagai seorang kawan



Credits
Writer(s): Mohammad Raihan Ab Samad
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link