Sawagari

Bila dunia tak sekata
Ramai yang jadi hamba
Yang diatas dipuji
Yang dibawa dicaci
Di dalam belukar ku menerka
Hujan batu ku tadah
Kekal dalam usaha
Satu dua dan tiga
Kau belajar membaca
Sebab mungkin dah tahu
Hati gelak ketawa
Aku catur cara bangga
Jangan pula kau yang bongkak
Jangan silap atur cara
Hidup pasti jatuh bawah

Sudah tiba masanya aku bersemuka
Dengan mereka yang selalu yang suka mengata
Kita hidup didunia bukan lah yang sempurna
Jadi jangan rasa bangga dengan apa yang kau ada

Masih tak berbuah
Nasib tak berubah
Dari hasil ku hustle
Santap nasi ku struggle
Kita makin tua
Takkan kekal muda
Tanya sampai bila kau nak hidup kena ludah
Walau hidup hanya sebatang kara
Takkan senang di hampa
Menutup segala luka dan duka
Apa yang kau tahu hanya pandang sebelah mata
Memadam sakit yang terpapa didalam jiwa
Dimana, salahkah, benarkah
Apa yang aku cuba
Sedarkan dalam mimpi
Takut mati dalam ngeri
Apa ingin yang kau cari
Tahu salah anggap suci
Sudah benar lagi caci

Masalah semua tu kamu
Masa tak ku ambil tahu
Mereka kan malaikat Esa
Aku cuma setan dalam minda

Tradisi Duniawi
Circular circus doll
Let them be the angels and I
The devil in the mind
No deny

Jika masa mampu putarkan semula
Dimana kah arahnya
Perbaikikan semula
Mungkin sebahagian daripada kita
Mahu menebuskan kesalahan silam yang lalu
Memperbetulkan kesilapan yang lepas
Menutup lubang kecewa yang terbuka
Memadam kesakitan yang telah digores
Memperbaiki diri menjadi yang lebih baik
Agar tidak mengulangi kendiri

Masa akan terus berlalu
Meninggalkan banyak memori dan
Kenangan yang dulu
Bertukar jadi debu
Asap hilang kayu repuh
Sudah salah tetap suluh
Ingin erat pegang teguh
Jalan ini masih panjang
Masih banyak peluang terbentang
Untuk itu perbaiki apa yang kurang
Takkan pernah susah walaupun niat kita benar
Kita takkan tahu bila kali terakhir Allah pinjamkan

Masalah semua tu kamu
Masa tak ku ambil tahu
Mereka kan malaikat Esa
Aku cuma setan dalam minda

Tradisi Duniawi
Circular circus doll
Let them be the angels and I
The devil in the mind
No deny



Credits
Writer(s): Aiden Hazzy Wussa
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link