Nur Nilam Sari

Pinjam sinarmu, Nur Nilam Sari
Buatku merempuhi malam
Kabus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan

Menyekat maksud di sempadan
Redup yang kupasangkan angan
Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata
Untuk kulupakan sengsara

Berapa kerdipan melaraskan jiwa
Menyusuk ke arah asalku

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya

Oh, mungkin kalau nasibku berbeza
Aku tak mampu menilaikan dikau

Ho-oh
Aku berani
Berani aku
Katakan dirimu itu
Dewi kayangan

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya

(Peperangan yang melanda diriku kini sudah berakhir)
(Wo-oh berakhir)
(Kepahitan dulu bertukar menjadi sebuah sejarah)
(Dan kenangan manis)

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya



Credits
Writer(s): Rosli Khamis, Mohd Nasir Mohamed
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link