Rindu Serindu Rindunya

Berikanlah jawapan
Uraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu

Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu

(Hok a, hok e)

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya?
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu?

Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak kuheboh?
Aku malu pada teman
Pada semua (hok a, hok e)

Rindu, rindu serindu-rindunya
Namun, engkau tak mengerti, ho-wo-oh
Pilu, pilu sepilu-pilunya
Namun, engkau tak perduli

Malu semalu-malunya
Namun, apa daya, orang tak sudi
Mahu semahu-mahunya
Namun, apa daya, orang dah benci

Rindu, rindu serindu-rindunya
Namun, engkau tak mengerti, ho-wo-oh
Pilu, pilu sepilu-pilunya
Namun, engkau tak perduli

Malu semalu-malunya
Namun, apa daya, orang tak sudi
Mahu semahu-mahunya
Namun, apa daya, orang dah benci

Berikanlah jawapan
Uraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu



Credits
Writer(s): Man Toba, Abd Hamid Adenan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link