Teka Teki

Oh aku makin membesar
Kataku kasar
Egoku makin melebar

Banyak perkara yang ku sangsi
Kini menjadi realiti
Cuba memutar belit takdir ini
Oh, terlupa ini bukan mimpi
Teka-teki yang ku terjumpa
Buat ku terlupa bahawa

Oh aku makin membesar
Kataku kasar
Egoku makin melebar
Batinku makin keliru
Zahirku luruh
Hatiku sudah membisu

Teka-teki yang ku terjumpa
Buat ku terlupa bahawa
Segala yang ku ada
Bukan selamanya

Oh aku makin membesar
Ku rindukan semua
Ku rindukan semua
Aku makin membesar



Credits
Writer(s): Cahaya Shafri
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link