Aku Terluka

Mungkin kini telah kutahu
Ertinya mencinta lebih dari diriku
Dan mungkin takkan ada lagi
Rasa seperti ini di dalam hidupku

Kujalani hidupku, melupakan senyumku
Menahan bahgia mendekatku, huu
Berbisikkan namamu, tak mampu ku berdiri
Rapuh aku tuk melangkah, kerana

Masih lagi kulihat
Masih lagi kudengar
Masih lagi terasa
Genggamanmu di jariku
Aku terluka

Biar sampai mana nanti, hati membawa diri
Melawan rasa sunyiku
Mencuba perlahan ku berdiri, mengubati sendiri
Kerna ku tak terganti dirimu, oh-oh

Oh-oh-oh-oh
Hu-uu-uu-huu, huuh

Diriku bagai hilang punca
Tak tahu ke mana
Biar jelas telah kutahu
Kau takkan bersamaku, wow

Masih lagi kudengar
Masih lagi terasa
Genggamanmu di jariku
Hu-uu, hu-uu

Puas semua rayuku
Tiada henti dirimu
Rapuh aku tuk melangkah
Aku terluka



Credits
Writer(s): Amylea Bte Azizan, Seng Tack Seow, Zhen Yong Wee, Seng Meng Brendan Lim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link