Thoughts (feat. Fkeyyy)

He died on the cross untuk selamatkan kita,
Kadang ku rasa bersalah minta tolong Dia
Sometimes, aku rasa people feel sorry for me
Tak berani berbagi soalan tentang diri ini

Aku sendiri mahu kawan untuk luah
Feeling ill tapi mental aku bukan mudah
Sengaja luah perasaan di media
Ternyata tiada siapa pula ambil kesah

Bro, kau perlu faham,
Semua orang tengah lawan susah siapa lagi dalam
Faham, tapi ku ada soalan
Macam mana kau be passion dengan hina orang?

Be good macam esok hari akhir kita
Treat others macam esok hari terakhir dia
Kalau aku tak berbakti di gereja itu,
Aku akan cuba untuk berbakti didalam lagu

Terasa bagai dikerumun
Suara tenggelam
Serasa aku di penghujung
Muara didalam
Terasa bagai berserumpun
Suara dimalam
Serasa jatuh berpelampung
Namun kutenggelam

Sudah terbiasa rasa hina kerna rasa banyak kurang
Banyak masa dah terbuang jasa masih tak dikenang
Kadang diri dah berperang dengan serangan yang datang
Masih tidak menang sebab jiwa ini tidak tenang

Macam waktu, gelap tak berlampu
Kuselalu jatuh terperangkap jerat aku
Kerap kali diganggu, dengan emosi aku
Terbayang-bayang bayang yang bertutur dengan aku

Jadi kuberhubung puntung menjadikan rutin
Tidak runsing fikir fisik tidak penting
Cuba untuk tutup tapi aku macam anjing
Yang menyalak bukit tapi bukit takkan runtuh

Biarkan music berbunyi diiringi lirik sendiri
Jadi simbolik diri untuk bukti
Walau sulit difahami tersirat isi tersembunyi
Tapi ada yang fahami bila mereka dapat rasai

Terasa bagai dikerumun
Suara tenggelam
Serasa aku di penghujung
Muara didalam
Terasa bagai berserumpun
Suara dimalam
Serasa jatuh berpelampung
Namun kutenggelam

Have you thought?
Which one is better?
Doing bad things
Infront of other people?
Or
Doing bad things
In silence?
But I guess
Nothing's better
Right?



Credits
Writer(s): Arre Adun
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link