Cinta Luar Biasa

Benarkah dikhabar akan cinta itu buta?
Kerana saujana ku melihat kan sinarnya
Benarkah perasaan cinta kan membakar diri?
Kerana dingin dan tenteram yang kunikmati

Rasa cinta agung yang kumiliki ini
Tak mudah ditafsir dalam lirik puitis
Sesekali aku tak tegar menahan rasa
Sebak rindu mendengarkan namanya

Aku manusia biasa
Cinta bukan setulus bibir bicara
Namun secebis cintaku pada nabiku
Aku pahatkan menjadi cinta luar biasa

Uh, mendengar namanya rindu ini terus mekar
Seperti pertama kali aku jatuh cinta (cinta)

Andai milikku segala khazanah dunia
Kubayar sesiapa yang menyebut namanya
Sesekali aku tak tegar menahan rasa
Sebak rindu mendengarkan namanya

Aku hanyalah pendosa
Tiada amalanku yang istimewa
Namun wallahi segalanya tentang dirinya
Aku agungkan walau diri

Hanyalah manusia biasa
Cinta bukan setulus bibir bicara
Namun secebis cintaku pada nabiku
Aku pahatkan menjadi cinta luar biasa

عليك صلى الله, يا خير خلق الله
عليك صلى الله, يا خير الأنام

Aku manusia biasa
Cinta bukan setulus bibir bicara
Namun secebis cintaku pada nabiku
Aku pahatkan

Aku hanyalah pendosa
Ku ada hanya cinta kerna baginda
Agar ku di perhatiannya di alam sana
Untuk bersama sentiasa di sampingnya

Tuhan, izinkan ku
Melihat wajah, kucup tangan kekasih-Mu
Mendengar jawapan salamku dan selawatku kepadanya
Walau memadai dalam mimpiku

Wallahi segala-galanya tentang dirinya
Aku agungkan menjadi cinta luar biasa



Credits
Writer(s): Akmal Mustafa
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link