Pernah

Terdetik saat menyedari
Kehilangan kasih yang tercintai
Engkau tiada lagi
Tiada disisi kerana aku
Memilih sepi

Engkau selalu menantiku
Aku sering membiarkanmu
Tanpa kusedari tanpa kumengerti
Engkau memendam rajuk hati

Seharusnya aku beri
Sepenuh hati
Setara dengan jiwa mu yang terdarahi

Walaupun kau tiada
Tiada lagi di sisiku
Di dalam diri ini
Di dalam hati ini
Ku kan terus menyayangi

Segala apa yang kau beri
Segala yang telah ku korbankan
Tinggal kenangan kehancuran

Walaupun kau tiada
Tiada lagi di sisiku
Di dalam diri ini
Di dalam hati ini
Ku kan terus menyayangi

Ku disini mendoakan
Berdoa agar kau bahagia
Kerana aku tahu
Kerna aku mengerti
Cinta itu tidak harus
Memiliki



Credits
Writer(s): Muhammad Muzaffar Basarudin
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link