Pejam

Sekian lama aku hidup sendirian
Menanti senyumanmu, hilangnya berlalu
Ku lukakan dirimu berkali-kali
Namun ku takkan lagi buat kau menangis

Dan jika ku lihat berlinang air mata
Biarkan kerana bahgia

Hanyalah cintamu yang perlu ku rasa
Hanyalah nadimu yang mahu ku dengar
Andainya kau di sini walau dalam mimpi
Pejamkan mataku selamanya
Selamanya

Tanpamu ku tak mampu menuju kasihmu
Arahku takkan lurus kerna kau jalanku

Dan jika ku lihat berlinang air mata
Biarkan kerana bahgia

Hanyalah cintamu yang perlu ku rasa
Hanyalah nadimu yang mahu ku dengar
Andainya kau di sini walau dalam mimpi
Pejamkan mataku selamanya, ohh

Seharum memori yang takkan pernah terganti
Hanyalah ilusi
Cinta yang terbukti yang terakhir ku miliki
Rinduku ini tak akan mati

Hanyalah cintamu yang perlu ku rasa
Hanyalah nadimu yang mahu ku dengar
Andainya kau di sini walau dalam mimpi
Pejamkan mataku selamanya

Pejamkan mataku selamanya
Selamanya



Credits
Writer(s): Fatanna Ikhwan, Omar K
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link