Mampu

Masih muda
Tapi masa tak akan menunggu
Kusut kepala kekadang buntu
Apa ku mampu

Dan aku tertekan fikirkan pasal pemilikan
Pemilihan dan pemerhatian persekitaran
Satu kitaran buatkan aku pusing runsing
Dan bunyi bising datang dari kritikan
Tiada satu petikan yang bisa aku titik kan
Tiada persefahaman tu punca keretakan
Dan hal yang meresahkan,aku cuba tinggalkan
Terlalu pedulikan ku tiada ketenangan
Cuba cari lapangan tuk pergi lagi tinggi
Ku cari pencapaian yang buat ku rendah diri
Ego tak bisa ku daki walau kerap capai puncak
Yang rapat tak memahami tu punca memberontak
Dan siapa yang kan sorak
Walau motif sudahpun aku borak
Siapa yang tinggal kalau aku gerak
Dan siapa yang kan dongak siapa yang buat pekak
Yang dorong aku tolak

Masih muda
Tapi masa tak akan menunggu
Kusut kepala kekadang buntu
Apa ku mampu

Salah ku masa lagak macam ku tak ada silap
Mungkin ramai yang boleh mengagak dari sikap
Tapi takleh nampak yang dalam cuma dari tingkap
Dan tafsiran hampir tepat sebab aku yang singkap
Siapa yang dakap masa ku gagap tuk buat keputusan
Terburu ku putuskan tidak lengkap peratusan
Sekarang ku merangkakan berdasarkan saranan
Tapi talian tak di hubungkan siang atau malam
Sebab ramai memendam,dan ku tak mahu selam
Kerna yang punya dendam yang buat hilang tenteram
Realiti memang seram kalau tak cuba hadam
Banyak yang ku tak faham jadi aku cuba padam
Dan masa bersalam apa yang tertanam apa perlu ku gali
Apa tak perlu ku nafi untuk ku menghargai
Dan apa yang kemari apa perlu ku perhati
Apa perlu berhati walhal ku tak di rasai

Masih muda
Tapi masa tak akan menunggu
Kusut kepala kekadang buntu
Apa ku mampu



Credits
Writer(s): Hamizan Hamzah
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link