Warkah Bisu

Ku catit
Dengan huruf yang tiada punya suara
Dengan tangis yang tiada punya tertawa
Ku suratkan isi hati

Warkah ini
Mungkin bisu dan kaku tiada bernawa
Tapi di dalamnya ada grisan jiwa
Untuk kau mengertikan

Bukanlah niatku menyeksa dirimu
Tapi kerana desakan jiwa yang mencabar
Aku kecundang

Di antara dua warna
Aku di tengah keruntuhan

Telah ku
Tuliskan segala kisah dan irama
Untuk kau baca dan kau dengarkan semua
Gurisan resahku

Bukanlah niatku menyeksa dirimu
Tapi kerana desakan jiwa yang mencabar
Aku kecundang

Di antara dua warna
Aku di tengah keruntuhan

Anggaplah
Kisah ini satu tulisan kehidupan
Di mana kita tak dapat berlari lagi
Walaupun akan membakar



Credits
Writer(s): Johari Bakri
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link