Melorek Peluang

Di kesempatan ini
Teliti kita melorek peluang
Kerana sementara
Kelihatan secebis masa
Sebelum terhenti untuk selamanya

Setitik bahagia meredakan segalanya
Namun kita seringkali terleka pandang yang samar
Di depan kata tercari sempurna
Bahkan selesa menanti disana

Kita juga manusia terkesan dalam dilema
Tolak lari kesilapan terkecuali tiada beza
Merungut sepi dan mengadu saksi
Bukan memburukkan keadaan yang hadir

Melangkah jauh
Tak hirau yang lain
Ini jalan hidupmu
Ini rasa kau tanggung
Demi sentuhan sinaran itu

Di kesempatan ini
Teliti kita melorek peluang
Kerana sementara
Kelihatan secebis masa
Sebelum terhenti untuk selamanya

Di saat genting ini
Jangan mensiakan peluang yang ada
Hargai, fahami apa yang engkau impi
Sebelum ia berlalu pergi

Melangkah jauh
Tak hirau yang lain
Ini jalan hidupmu
Ini rasa kau tanggung
Demi sentuhan sinaran itu

Di kesempatan ini
Teliti kita melorek peluang
Kerana sementara
Kelihatan secebis masa
Sebelum terhenti untuk selamanya

Di saat genting ini
Jangan mensiakan peluang yang ada
Hargai, fahami apa yang engkau impi
Sebelum ia berlalu pergi

Di hari indah ini
Syukur pintu itu terbuka lagi
Bersabar, berusaha dan berdoa tuk bangkit semula
Terus mencari
Ku yakin kau pasti



Credits
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link