Nelayan

Pantai, ombak berkejar-kejaran
Si Pak Tua dengan perahunya
Kini datang mengayuh dayung ke sana
Ingin mencari oh mutiara
Si anak menangis-nangis hiba
Menanti kepulangan ayahanda
Si ibu menanti dengan ketabahan hati
Kepulangan suami tercinta

Terharu
Kupastikan
Menyelubungi mereka
Menanti kepulangan ayahanda
Bersama rezeki
Pengorbanan jadi taruhan

Mendayung mencari rezeki
Si Pak Tua hanya nelayan
Hidup bermandikan lautan
Tak pernah menyesali diri
Mengapa begini

Haruskah peduli
Haruskah begini

Jangan biarkan
Pengorbanan terlepas begitu sahaja
Jangan biarkan
Pengorbanan terlepas begitu sahaja
Jangan biarkan
Pengorbanan terlepas begitu sahaja

Terharu
Kupastikan
Menyelubungi mereka
Menanti kepulangan ayahanda
Bersama rezeki
Pengorbanan jadi taruhan

Mendayung mencari rezeki
Si Pak Tua hanya nelayan
Hidup bermandikan lautan
Tak pernah menyesali diri

Mengapa begini
Haruskah peduli
Fikir budinya
Fikir budinya
Fikir budinya



Credits
Writer(s): Ary, Ameer, Asry, Surf Green
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link