TEMBIKAI.

Walaupun ini Susah
Ku doa untuk mu Palestine
Situasi tak ubah
Ku doa untuk, jiwa mu Palestine
Iman tegap, walaupun pedih lihat mu sedih
Aku takkan kemana
Tuk hargaimu, ya Palestin

Walaupun ku lihat dari jauh bumi gaza
Darah yang ditumpah tu mengalir subur gaza
Dunya lentok semua tembok selubungi gaza
Imanya sedalam laut tinggi langit tinggi gaza

Aku dapat rasa, jiwa seorang ibu
Hatinya penuh pilu, sudah ngilu dan sembilu
Matanya keletihan kesedihan ku mendaki
Bila mreka tulis nama anak anaknya di kaki

Amali - serupa, jiwaku takkan lupa
Ku harap jasad anak anak nya semua dijumpa
Walaupun penuh duka, kesyukuran tak ke mana
Senyum lena bila fikir mreka semua kan ke Jannah

Mereka tak kemana, menggenggam keindahan
Dalam sekelip mata suasana kegelapan
Bunyinya tiba tiba dengan tak berkesempatan
Ibu dijemput anak di sempadan

Walau ini teladan, solusi tak menuju
Ku lihat wahai datuk cium dahi jasad cucu
Walaupun dilaporkan yg dikorban da beribu
Berita tu derita da melencong dan menipu

Aku mahu meninju, Ku rasa ni sepadan
Ni Arab semua senyap takot lenyap di sempadan
Ku harap kita dapat menyebarkan di lelaman
Dan doa bumi Gaza jadi aman

Iman tegap,
walaupun pedih lihat mu sedih
Aku takkan kemana
Tuk hargaimu
Ya Palestin
Iman tegap
Walaupun pedih lihat mu sedih
Aku takkan kemana
Tuk hargaimu
Ya Palestin

Ku rasa kesorangan
Keluarga aku sayang baru saja meninggalkan
Walau aku selamat kaki aku kehilangan
Ku rela hidup aku ditamatkan

Ini semua alasan, Mane semua ummah
Mana ketua ummah bila kita hilang rumah
Walaupun diingatkan kita rasa dilupakan
Walaupun disiarkan kita rasa ditinggalkan

Kemurungan tapi tanah masih ketemui dahi
Kejujuran baginya dan amalan yg dicari
Tebusan nya dijaga tu amanah yang dibagi
Teruskan tu hujan memang nya milik ilahi

Kita milik ilahi, Mereka cuba menghapus
Syahid seperti arus,
"Bunuh budak itu harus!"
Walau mereka lapar walaupun mereka haus
Dia Redha bagai Yunus dan si Paus

Dia seorang ayah, hidup da penuh payah
Dia peluk jasad anaknya yang penuh bercahaya
Wajahnya menenangkan, dan senyuman tak terhapus
Harap Kita kan bertemu di firdaus

Ramai da di firdaus, perkorbanan menilai
Ku tulis lagu ini tuk cerahi si tembikai
Kalau ku di diamkan dan semua tak berhasil
Ya Ilahi Aku redha walau semuanya diambil

Iman tegap,
walaupun pedih lihat mu sedih
Aku takkan kemana
Tuk hargaimu
Ya Palestin
Iman tegap
Walaupun pedih lihat mu sedih
Aku takkan kemana
Tuk hargaimu
Ya Palestin



Credits
Writer(s): Muhammad Huraira
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link