Mumia

Terlepas terbiar di tanah bebas
Merangkak mencari jalan
Dari gelap menuju cahaya terang
Kerana aku kembali kesini semula

Kembali dari dunia seberang
Disini aku muncul tegak dan terdiam
Tangisan mu akan aku hentikan
Bersama jiwa dan tubuh yang nyata

Sudah ku pulang kemari
Mencari cinta sejati
Tetapi hanya ilusi
Kerna mereka sudah lena tanpa ku disisi

Akan aku terima
Dengan nada yang benar
Disini aku harus sedar semua ini
Ini bukan tempatnya
Hakikat yang nyata

Masa mula berhenti menjadi kaku
Bersama jasadku yang terus membeku
Sudah masanya untuk pulang ke jalanku
Disana lah tempat kamu bersamaku

Disini mungkin kita tak sepadan
Akan ku tunggu kamu dengan aman
Kerana aku tak mampu hidup tanpamu
Kerana kamulah cinta aku yang pertama

Sudah ku pulang kemari
Mencari cinta sejati
Tetapi hanya ilusi
Kerna mereka sudah lena tanpa ku disisi

Akan aku terima
Dengan nada yang benar
Disini aku harus sedar semua ini
Ini bukan tempatnya
Hakikat yang nyata

Akan aku terima
Dengan nada yang benar
Disini aku harus sedar semua ini
Ini bukan tempatnya
Hakikat yang nyata



Credits
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link