Serampang DUA Mata

Serampang dua mata
Yang diharap jadi punca luka semua
Yang sudah matang minda
Parah padah percaya
Serampang dua mata

Serampang dua mata
Yang dititip bertabur sepah segala
Amanah yang tercipta
Padah parah percaya
Serampang dua ma

Takut sekali tertulis sejak azali
Pisang berbuah berjuta kali
Sampai bila-bila pun terpaku terpana
Kerana noktahnya tak kunjung tiba

Belalai si gajah pun tunduk ke bumi
Perangai gagah takutkan graviti
Bak air yang terjun ke daun keladi
Bisu buta tuli, si

Serampang dua mata
Yang diharap jadi punca luka semua
Yang sudah matang minda
Parah padah percaya
Serampang dua mata

Serampang dua mata
Yang dititip bertabur sepah segala
Amanah yang tercipta
Padah parah percaya
Serampang dua ma

Tanam rasa bimbang dalam selimut
Gusar resah musuh berkelahi berebut
Gunting dalam beribu-raban lipatan
Tak tahu mana soldadu mana kawan

Padi yang berisi pun tunduk ke bumi
Egotismenya takutkan empati
Dipesan si pegar tuk lindungi padi tapi
Bisu buta tuli, si

Serampang dua mata
Yang diharap jadi punca luka semua
Yang sudah matang minda
Parah padah percaya
Serampang dua mata

Serampang dua mata
Yang dititip bertabur sepah segala
Amanah yang tercipta
Padah parah percaya
Serampang dua ma

Tayang pisau yang menikam di belakang
Tanpa sebarang segan
Tawan teman dan lawan sampaikan sawan
Semua di medan perang, syaitan si

Serampang dua mata
Yang diharap jadi punca luka semua
Yang sudah matang minda
Parah padah percaya
Serampang dua mata

Serampang dua mata
Yang dititip bertabur sepah segala
Amanah yang tercipta
Padah parah percaya
Serampang dua mata



Credits
Writer(s): Takahara Suiko
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link