Orang Singapura

Kalau sudah jadi orang Singapura
Mesti mahu baik, berbudi bahasa

Mesti tahan lasak, kuat berusaha
Cukup tatatertib, hormat orang tua

Barulah orang segan, hormat pada kita
Bolehlah dinamakan Orang Singapura

Jikalau bekerja, janganlah kepalang
Sanggup tanggungjawab, jangan curi tulang

Taat dan setia kepada negara
Dan begitu pula pada agama

Begitu hidup kita, hidup sama-sama
Barulah kita bangsa, Orang Singapura

Bersungguh sampai jaya, jangan pura-pura
Baru orang percaya, Orang Singapura



Credits
Writer(s): Zubir Said
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link