Rahib & Singa

Ditundukkan buasnya
Serigala dalam sukma
Hingga jiwa diluruskan
Atas iradat Tuhan

Begitulah mujahadah
Umat yang terdahulu
Wajarlah Tuhan
Sentiasa membantu
Bela perjuangan mereka
Kerana

Bila malam air mata
Jatuh dek akur diri hanya hamba
Bila siang turun berjuang
Membela kalimah Maha Kuasa
Bagai rahib dan singa dalam satu jiwa
Menjadi penguasa dunia

Rahib di malam hari
Singa di siang hari

Mungkin menyala lagi
Obor jihad umat kini
Namun jika diumpamakan
Hanya buih lautan

Renungkanlah bagaimana
Umat yang terdahulu
Merendah diri di hadapan Tuhan
Tapi digeruni seluruh dunia

Bila malam air mata jatuh
Dek akur diri hanya hamba

Perjuangan mereka bukan hanya
Pekikan kerna nafsu semata
وما رميت إذ رميت
Namun Allah jua yang melontar
Bagai rahib dan singa dalam satu jiwa
Menjadi penguasa dunia

Bila malam air mata jatuh
Dek akur diri hanya hamba

Dan bila siang turun berjuang
Membela kalimah Maha Kuasa

Bagai rahib dan singa dalam satu jiwa
Menjadi penguasa dunia



Credits
Writer(s): Akmal Mustafa
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link