Kapsul

Masih terasa kehangatan suhu tanganmu
Mengusap wajah dan air mataku
Saat terjatuh kau nyalakan neon hidupku
Tapi mengapa semakin keliru?

Sepanjang musim bagaikan bertahun bertahun
Sepanjang musim siksanya menanggung

Dengarkanlah rintihan ku berbicara
Yang perlukan dia tetapi di mana
Terdengarlah jeritan dari jendela
Memanggil semula tirai kapsul masa kasihku

Maaf kerana sentiasa menyayangimu
Membina prosa dan ia berdebu
Terzahir sudah kesakitan yang mematiku
Terpaksa pergi tinggalkan dirimu

Dengarkanlah rintihan ku berbicara
Yang perlukan dia tetapi di mana ohh
Terdengarlah jeritan dari jendela
Memanggil semula tirai kapsul masa kasihku

Ya semestinya mahu bersama
Bahagia hingga selamanya
Hakikatnya tak sanggup menjadi
Beban-beban derita
Merana untuknya

Dengarkanlah rintihan ku berbicara
Yang perlukan dia tetapi di mana
Terdengarlah jeritan dari jendela
Memanggil semula tirai kapsul masa

Ditakdir berjumpa seketika saja denganmu



Credits
Writer(s): Chuang Yew Audi Mok, Mohd Firdhaus Bin Hadauan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link