Kasih Tak Kesampaian

Aku tak ingin kau merana
Jua 'ku tak mahu derita
Namun apalah upaya
'Ku menentukan semua

Kasih, di sini pelabuhan
Aku lepaskan kau ke sana
Walaupun hati perih terasa

Inikah kesudahannya?
Ini penamat cintamu
Inikah kesetiaan
Yang telah kau janjikan?

Tega benar dirimu
Membohongi hatiku ini
Sedangkan aku benar cintakanmu
Sampainya hatimu
Bersandiwara di belakangku
Memadu cinta dengan jejaka
Yang baru

Andai sudah ditakdirkan
Kasih aku tak kesampaian
Pergilah, oh sayangku
Moga kau gembira

Inikah kesudahannya?
Ini penamat cintamu
Inikah kesetiaan
Yang telah kau janjikan?

Tega benar dirimu
Membohongi hatiku ini
Sedangkan aku benar cintakanmu
Sampainya hatimu
Bersandiwara di belakangku
Memadu cinta dengan jejaka
Yang baru

Andai sudah ditakdirkan
Kasih aku tak kesampaian
Pergilah, oh sayangku
Moga kau gembira
Pergilah, oh sayangku
Moga kau bahgia



Credits
Writer(s): Suraya Bte Md Osman, Nek Jah Bte Derahim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link