Rindu Dipuncak Mahligai

Selagi hayatku dikandung badan
Dirimu tak mungkin kupersiakan
Hanya padamu cinta yang bersemi
Seindahnya syurgawi

Begitulah sumpah hatiku ini
Di dalam sepi memuja dirimu
Bagaikan setia ombak dan pantai
Yang amat sukar dipisahkan

Cinta yang hadir bukan dipaksa
Lahirnya dari luhur budi
Salju terasa
Sebak melanda
Ke jiwa

Begitu hakikatnya terjadi
Cinta dan rindu jadi sakti
Engkau dan aku
Sama merintih
Kerana dia

Rindu di puncak mahligai
Bagai sembilu yang menghiris hati
Pedih membara kasih tak kesampaian
Menanti sentuhan belaianmu

Sayang, padamu kupinta
Agar kau menghargai rinduku
Padamu kuserahkan segalanya
Yang terbenam di dasar hatiku
Kerana engkau kekasihku

Cinta yang hadir bukan dipaksa
Lahirnya dari luhur budi
Salju terasa
Sebak melanda
Ke jiwa

Begitu hakikatnya terjadi
Cinta dan rindu jadi sakti
Engkau dan aku
Sama merintih
Kerana dia

Rindu di puncak mahligai
Bagai sembilu yang menghiris hati
Pedih membara kasih tak kesampaian
Menanti sentuhan belaianmu

Sayang, padamu kupinta
Agar kau menghargai rinduku
Padamu kuserahkan segalanya
Yang terbenam di dasar hatiku
Kerana engkau kekasihku

Selagi hayatku dikandung badan
Dirimu tak mungkin kupersiakan
Hanya padamu cinta yang bersemi
Seindahnya harum syurgawi
Hanya padamu cinta yang bersemi
Seindahnya harum syurgawi



Credits
Writer(s): Mohd Azam Bin Sulong, Nek Jah Bte Derahim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link