Sehari Dalam Hidup

Sebelum fajar tiba tiada terjaga tertunai subuh
Diiringi doa agar sekeluarganya dilindung yang Esa
Bergegas ke dapur sarapan diatur
Dan sedar tak sedar semua beredar
Walau sunyi di rumah bukan beerti tugas berakhir
Tak putus terhenti tuk memastikan mereka pulang ke Syurga
Masaalah hadir baru dia dipanggil
Dan lantas memberi ketenangan hati
Dia permaisuri dalam keluarga
Dia juga hamba di dalam istana
Tidak diminta sebarang balasan
Cukuplah sekadar dihadiahkan senyuman
Selepas senja berlalu dia akan menunggu
Kepulangan disambut di pintu
Walau hanya sekelip mata mereka ke kamar
Dia memastikan semua terlena.
Terbisik di hati selesai tugasku
Itulah sehari dalam hidup ibu



Credits
Writer(s): Edry Abdul Halim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link