Sahabat Romantis

Indahnya ketika aku bersahabat dengan mu
Aku girang apabila dapat peluang bertemu
Ku tebarkan nilai kegembiraan yang engkau mahu
Lantas engkau membalasnya dengan sinis dan tawa
Membuka tirai cinta yang membara

Oh apakah engkau benar berbahagia dengan ku
Tidak engkau meluahkan hasrat hati mu kepada ku
Tahukah kau hatiku pun sebenar rasa begitu
Hajat tak kesampaian untuk aku luahkan
Dikelilingi hidup yang hanya menekan

Memang ku terasa cinta
Tapi halangan meronta
Antara nilai cinta dan cita-cita jiwa
Ku rasa belum bersedia
Tak ke laut nakhoda bersama yang dibawa
Andai kapal tiada layarnya

Ku doakan agar persahabatan kekal abadi
Itu syahdu andai dicoret dalam wangian tinta
Tak ku sangka walau sahabat tapi engkau romantis
Katakan lah sahaja ini saat bercinta
Dan kukuh hingga selamanya

Memang ku terasa cinta
Tapi halangan meronta
Antara nilai cinta dan cita-cita jiwa
Ku rasa belum bersedia
Tak ke laut nakhoda bersama yang dibawa
Andai kapal tiada layarnya

Fahamilah segala situasi dan jawapanku
Dan tangkislah kiranya
Bayang hitan menghantuimu

Ku berjanji sampai waktu pasti kita kan bersatu
Itu andai kau setia
Sehati dan sejiwa
Walau kita masih menunggu cinta
Walau kita kini sahabat cuma
Hingga tika kita menyemai cinta



Credits
Writer(s): Boy Spoon, Pojie
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link