Berhenti Mencinta

Kau suruhlah aku lebih mesra
Jika ada rasa kekurangan cinta
Kau suruhlah aku ubah cara
Jika ada dalam diri kurang senang

Kau mintalah aku sekali lagi
Jika adanya janji yang kumungkiri
Tapi sayang, jangan kau meminta
Untuk diri ini berhenti mencinta

Kerana diri ini amat menyayangi
Kau permaisuri di sanubari
Hidup ini bagaikan tiada maknanya
Andai kita berpisah, aku hilang arah
Berselimut gundah

Katakan padaku (katakan padaku), apa lagi (apa lagi)
Hasrat yang masih belum dikecapi (belum dikecapi)
Tapi sayang, jangan kau berkata
Oh, dirimu sudah berhenti mencinta

Kerana diri ini amat menyayangi
Kau permaisuri di sanubari
Hidup ini bagaikan tiada maknanya
Andai kita berpisah, aku hilang arah
Berselimut gundah

Kau suruhlah aku lebih mesra
Jika ada rasa kekurangan cinta
Kau suruhlah aku ubah cara
Jika ada dalam diri kurang senang

Kau mintalah aku sekali lagi (sekali lagi)
Jika adanya janji yang kumungkiri (kasih)
Tapi sayang, jangan kau meminta (tapi sayang)
Untuk diri ini berhenti mencinta

Hoo, berhenti mencinta
Huu, berhenti mencinta
Huuu, berhenti mencinta



Credits
Writer(s): Edry Abdul Halim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link