Dulu Sayang Kini Benci

Jika aku terpaksa
Sehidup memendam rasa
Tentu engkau pun tahu
Sebabnya hatiku terluka

Cubalah kau fikirkan
Kesilapan dirimu
Tanpa belas kasihan
Kau menyiksa di batinku

Dulu aku kau sayang
Kau menyintaiku sepenuh hatimu
Dan berjanji takkan sakiti aku
Janji menjadi janji

Sesegarnya ingatan
Kau melayanku sepenuh kasih sayang
Dalam diam engkau mulai jemu
Berubah hatimu

Hanya kerana engkau ada yang lain
Tergamak engkau mudah berpaling
Sengaja engkau mencari sebab
Supaya kita berpisah

Dalam terdesak keluh-kesah bertakhta
Akhirnya kita terpisah jua
Agar mudah engkau bersamanya
Setelah 'ku tiada

Begitu mudah kau menyingkir
Diriku ini, kekasihku
Sedangkan dulu kau berjanji
Bercinta hingga ke akhir hayat

Dulu aku kau sayang
Kau menyintaiku sepenuh hatimu
Dan berjanji takkan sakiti aku
Janji menjadi janji

Sesegarnya ingatan
Kau melayanku sepenuh kasih sayang
Dalam diam engkau mulai jemu
Berubah hatimu

Biar 'ku membawa diri
Ke mana saja menurut hati
Susah payah aku sendiri
Air mata jadi saksi

Hanya pada Tuhan tempat aku mengadu
Semoga terubat hatiku
Bukan mudah untuk kulenyapkan
Oh, derita ini

Begitu mudah kau menyingkir
Diriku ini, kekasihku
Sedangkan dulu kau berjanji
Bercinta hingga ke akhir hayat



Credits
Writer(s): Juwie, Ly
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link