Bait Bait Lara

Di dalam
Dakapan mu ku terlena
Dibuaikan angan-angan lama
Unggun rindu ku membara

Di dalam
Belaian mu ku tergoda
Dimadahkan bait-bait lara
Merentas lautan cinta

Dalam hati berkata
Kaulah yang terakhir
Biarpun engkau mawar
Yang berduri
Dalam diri bersumpah
Kaulah sang kekasih
Biarpun nanti aku menderita

Pabila kau sedar siapa
Diri ku sebenarnya
Lelaki berselaput dosa
Hingga kasar jiwanya

Menekan naluri wanita
Kau dambakan sentuhan cinta
Natijah engkau hampa



Credits
Writer(s): Rosli Khamis, Mohd Faizal Maas
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link