Ilham Pujangga

Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan artinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa

Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana

Iya, anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya
Tetapi matinya anak muda itu, ialah kerana tergelincir lidahnya
Berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
Bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan

Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia
Apa di atas sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai, sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu

Usahlah ditanya, apakah bakti negara untuk kamu?
Tetapi tanyalah, apakah bakti kamu untuk negara?
Berjasalah kamu untuk keharmonian negara
Kau katakan pada aku sekarang puan
Apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi?

Pembela, harapan, dan tiang segala bangsa dan negara
Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini?
Kau mempunyai akal, bukan? Tepuklah dada, tanya selera

Sunggukanlah hatimu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah dirimu
Dari perkara yang berbudi

Maaf, mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa



Credits
Writer(s): Ismail Haron
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link