Ku Teruskan

Tika di saatnya bermula
Kumelangkah ke alam nyata
Harapanku jauh berbeza
Tak perlu kuharungi, hujan yang membasahi

Lalu lekas kupelajari apa dia realiti
Kini kumengerti

Tiada sebutir permata,
Yang indah dan berharga,
Dari jiwa yang membara, oh menyala
Dan tiada kugentar menyambung, cabaran yang memburu
Kerana kukenal oh siapa diriku

Dalam tawa bisa kurasa,
Disangka teman menjadi lawan,
Namun kuyakin dugaan kan mendewasakanku
Mengukuhkan hatiku

Kerna harusku pelajari apa dia realiti
Kini kuhayati

Tiada sebutir permata
Yang indah dan berharga
Dari jiwa yang membara, oh menyala
Dan tiada kugentar menyambung cabaran yang memburu
Kerna kukenal oh siapa diriku

Andainya dicuba semangatku dipudar
Tidak aku mengendahkan
Akan kuteruskan jua

(Tiada sebutir permata, yang indah dan berharga)
Dari jiwa yang membara, oh menyala
Dan tiada kugentar menyambung,
Cabaran yang memburu,
Kerna kukenal oh siapa, siapa diriku



Credits
Writer(s): Mohd Zulkifli Bin Abd. Jalil
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link