Setulus Kasih

Hu-uh

Kerdipan bintang bertemankan duka nestapa
Seorang insan yang tidak henti berjalan
Mencari sinaran kebahgiaan yang ternyata
Walau malam menyerkup sejuta rintangan

Biarpun dilanda kegelapan
Tetap kau menyinarkan harapan
Biarpun beribu onak duri yang ditempuh
Namun kau curahkan setulus kasihmu

Kedengaran bayu bertiupan sayu bumi
Tetapi nalurimu masih berdenyut sepi
Semangatmu membara walaupun suram perjalanan ini
Kerana kau tahu kelam malam takkan abadi

Biarpun dilanda kegelapan
Tetap kau menyinarkan harapan
Biarpun beribu onak duri yang ditempuh
Namun kau curahkan setulus kasihmu

Engkau tepis segala derita
Demi niat suci kasih-sayang
Kau korbankan segalanya

Biarpun dilanda kegelapan
Tetap kau menyinarkan harapan
(Biarpun beribu) onak duri yang ditempuh
(Namun kau curahkan) setulus kasihmu

Setulusnya kasihmu



Credits
Writer(s): Reyza Hamizan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link