Tiada Lagi Aku

Kita bersama menempuh semua
Dugaan melanda tidak kupinta
Pahit dan manis duka menghiris
Kita mengharungi dengan berani

Gurau dan senda pun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan

Entah mengapa engkau
Cepat benar berubah
Kerana kejayaan
Kau merasa megah

Jangan engkau mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua

Ho-o-o ...
Biar kupergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi
Wajah yang pernah menyakitkan hati

Gurau dan senda pun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan

Entah mengapa engkau
Cepat benar berubah
Kerana kejayaan
Kau merasa megah

Jangan engkau mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua

Ho-o-o ...
Biar kupergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi
Wajah yang pernah menyakitkan hati



Credits
Writer(s): Lukhman S
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link