Waktu Jatuh Pun Manis

Kata orang, "Jalan yang kaupulang
Terasa dekat dari jalan datang"
Mungkin datangmu membawa hajat
Sedangkan pulangmu dah pun terkabul maksud
Terkabul maksud, terjawab rindu

Tapi malang jalan yang kupulang
Terasa jauh dari jalan datang
Mungkin datangku mengharap sinar
Sedangkan pulangku beriringi langit
Beriring langit, menghambat jiwa

Kasih kudamba tidak kesampaian
Sejuta luahan tak satu pun dilayan
Sudahlah dipinggir, ditambah cemuhan
Diri disamakan debu-debu di jalan

Buatmu pujaan, terima kasihku
Kerana membukakan hakikat kehidupan
Buatmu perawan, terima kasihku
Kerana membenarkan bisikan nuraniku

Selagi ku ingkar dan mendongak ke langit
Selagi itulah bumi kan menghimpit

Kasih kudamba tidak kesampaian
Sejuta luahan tak satu pun dilayan
Sudahlah dipinggir, ditambah cemuhan
Diri disamakan debu-debu di jalan

Buatmu pujaan, terima kasihku
Kerana membukakan hakikat kehidupan
Buatmu perawan, terima kasihku
Kerana membenarkan bisikan nuraniku

Selagi kuingkar dan mendongak ke langit
Selagi itulah bumi kan menghimpit



Credits
Writer(s): Azam Dungun
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link