Ku Insan Yang Sepi

Api yang padam dihembus angin malam
Meninggalkan kesan yang amat dalam
Sehingga dendam silamku yang tertanam
Di dasar yang dalam
Menghilang bagai
Bayangan di cermin kelam

Kau yang lama kupuja bukan kerana cinta
Ataupun kerana kurindumu
Hanya kerana tak daya mengharungi
Lautan kehidupan tak bertepi
Hanya kerana tak sanggup menghadapi
Perjalanan yang jauh bersendiri
Kuperlukan teman
Tawa dan tangis menemaniku
Insan yang sepi

Kau yang lama kupuja bukan kerana cinta
Ataupun kerana kurindumu
Hanya kerana tak daya mengharungi
Lautan kehidupan tak bertepi
Hanya kerana tak sanggup menghadapi
Perjalanan yang jauh bersendiri
Hanya kerana tak daya mengharungi
Lautan kehidupan tak bertepi
Hanya kerana tak sanggup menghadapi
Perjalanan yang jauh bersendiri
Kuperlukan teman
Tawa dan tangis menemaniku



Credits
Writer(s): Syed Amran Bin Syed Omar, Nurbisa Ii
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link