Ganjil

Satu, dua, tiga
Masih ingatkah lagi waktu bersama
Berpegangan tangan di depan kotaraya?
Saat itu, kau belum lagi
Menyatakan padaku tentang isi hati
Ceritakanlah apa yang sebenar

Engkau bersahaja bila kubersuara
Dan dengan tenangnya kau kata tak cinta
Apa yang kau mahu? Apa yang kau perlu?
Dan aku pun tak tahu

Engkau buatkan aku rasa sesuatu
Tapi tak ada lagi kata putusmu
Apa yang kau mahu? Apa yang kau perlu?
Dan aku pun tak tahu

Empat, lima, enam dan tujuh
Masa berlalu laju seperti angin
Kau dan aku masih lagi di sini
Lembut kata dari mulutmu
Membuatkan aku rasa keliru
Menanti jawapan menanti soalan kamu

Aku rasa adalah baiknya jika engkau fikirkan dahulu
Bersama denganku, pasti akan kuterangi
Dirimu dengan cahaya bulan, dan akan kugumpal awan
Jadikan hadiah untuk kekasih hatiku

Engkau bersahaja bila kubersuara
Dan dengan tenangnya kau kata tak cinta
Apa yang kau mahu? Apa yang kau perlu?
Dan aku pun tak tahu

Engkau buatkan aku rasa sesuatu
Tapi tak ada lagi kata putusmu
Apa yang kau mahu? Apa yang kau perlu?
Dan aku pun tak tahu



Credits
Writer(s): . Light
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link