Insan Bernama Kekasih

Ha-ah, uh-uh
Hu-uh

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan, kau gadis idaman, uh-uh
Adakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih?

Keayuan yang tergambar lukisan Nur Iman
Bersulamkan keindahan, santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta?

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku, kau memendam rasa

Pada-Mu, oh, Tuhan (pada-Mu, Tuhan)
Ku memohon keredhaan
Nur kasih yang ku damba (oh-oh)
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta, kebaikan dari-Nya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadanya

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta?

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku, kau memendam rasa

Kau ku sayangi, teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih



Credits
Writer(s): Bin Isam Ismen Nadim, Frizdan Frizdan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link