Cukuplah Disini

Sekian lamanya ku
Mengilhamkan kasihmu
Namun tiada mungkin mawarnya
Yang ku harapkan hanya
Gelita bak gerhana

Membutakan hatiku
Dan fikiranku
Baru kini ku tahu
Siapa dirimu

Insan yang tiada pendirian
Sering berubah
Hanya manis di bibir
Namun di hatimu itu kepalsuan

()
Tak perlu kau
Menggengam harapan
Untuk aku menjalinkan
Kasih dan sayang

Tak perlu kau
Melayarkan cinta
Seandainya kau terlena
Dibuai mimpi ngeri

Cukuplah dusta kau sajikan
Di saat aku kehausan
Betapa miskin keinsanan
Yang telah kau julang-julangkan

Apalah erti kejujuran
Andainya cinta kau korbankan
Hanya kerana kemewahan
Sanggup kau gadai kesetiaan

(Ulang)

Lagu: Umarul
Lirik: Azam Dungun



Credits
Writer(s): Azam Dungun, . Umarul
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link