Karang Di Lautan Sepi

Perlukah kau bertanya tentang hatiku
Sedangkan sejak itu kau telah tahu
Betapa kukecewa oleh perbuatan
Yang tiba di luar jangkaan

Kusangka kau berbangga aku miikmu
Kerana terhadapmu begitu hatiku
Kiranya kau malu untuk mengakui
Diriku yang pernah kau sayangi

Kurela diriku begini
Seperti karang di samudra sepi
Terluka atau mungkin melukai
Suratan menentukan insani

Tak perlu penjelasan lagi
Tak perlu kau mengambil hati
Tak perlu bertanya 'kan khabarku
Jawabnya telah kau tahu

Biarpun kau ulangi rasa kesalmu
Semua tak bererti pada diriku
Sekali keyakinan telah kau nodai
Sukar 'ku mempercayai

Tak perlu penjelasan lagi
Tak perlu kau mengambil hati
Tak perlu bertanya 'kan khabarku
Jawabnya telah kau tahu

Biarpun kau ulangi rasa kesalmu
Semua tak bererti pada diriku
Sekali keyakinan telah kau nodai
Sukar 'ku mempercayai



Credits
Writer(s): Bte Hassan Habsah, Shamsuddin Bin Sidek
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link