Siapa Lebih Berkuasa

Hei, nenek Kebayan, lepaskan dia
Usah undang masalah
Jangan menyibuk, jaga tepi kain orang lain

Malik, mari sini cepat
Akak datang 'tuk menyelamat
Kakak mana? Kakak hilang
Malik mahu pulang, jom lari!

Jika engkau berani, mari sini
Nanti baru kau sedar, kurang ajar
Akan bawa kau padah, cis bedebah
Kita lihat siapa yang kena

Jangan berani cabar cakap besar
Nanti kau yang padah bila rebah
Jom lihat siapa yang lebih berkuasa

Jangan kau menyesal bila dah tumbang
Aku rasa engkau yang harus bimbang, ayuh, yeah

Ini dia sudah jumpa, mari kita beredar
Kamu pergi dulu, nanti tunggu sana dengan adikmu

Tapi Bad ikutlah sama
Jangan bimbang, cepat keluar
Kakak, lihat nenek dah sedar
Jangan tunggu lama
Kemari kau

Jangan ingat dah menang, belum lagi
Siapakah yang bilang ini berakhir?
Satu, dua, tiga, mari habiskan
Pertarungan hingga selesai

Kakak, siapakah lelaki itu?
Teman kakak yang banyak membantu
Jom lihat siapa yang lebih berkuasa

Jangan kau menyesal bila dah tumbang
Aku rasa engkau yang harus bimbang, ayuh

Ambik kau!

Baru nak menyesal bila dah tumbang
Mungkin kali ini engkau yang menang, Badang



Credits
Writer(s): Edry Abdul Halim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link