Sesungguhnya

Sebenarnya
Hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya
Diri ini rindu kepada-Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir?
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga?

Sesungguhnya, walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya, walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit-Mu

Namun, cinta (namun, cinta) takkan hadir (takkan hadir)
Namun, rindu tak akan berbunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna, tiada seri

Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga Kautsar

Sesungguhnya, walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya, walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit-Mu

Namun, cinta (namun, cinta) takkan hadir (takkan hadir)
Namun, rindu tak akan berbunga
Jika tidak (jika tidak) mengharap rahmat-Mu
Jika tidak menagih simpati

Pada-Mu, ya Allah
Tuhan, hadiahkanlah
Kasih-Mu kepadaku

Tuhan, kurniakanlah
Rinduku kepada-Mu
Moga kutahu
Syukurku adalah milik-Mu



Credits
Writer(s): Nazrey Bin Johani
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link