Lembaran Cinta Pudar

Sayang, surat ini ku tulis dikejauhan malam
Ketika hujan gerimis
Biarpun bercinta dengan mu sungguh indah
Namun memutuskannya aku terluka
Tapi biarlah kekecewaan hari ini
Dari nanti kehilangan harga diri
Aku telah tiba dipenghujung kesabaran
Sebelum lebih menderita
Biarlah aku yang memberikan keputusan

Noktah dibaris akhir
Ku redha keputusan suratan takdir
Telah lama menunggu
Masa yang berharga sesia berlalu
Kau memberi harapan yang
Palsu

Oh-oh
Kerana tiada
Pendirian yang nyata
Kututupi lembaran
Cinta pudar

Tiada ketelusan
Tiada keberanian
Lama menanti
Jawapan pasti
Terkulai kini
Mimpi, mimpi

Dengan lembaran ini
Akan tiada lagi
Yang asyik menghitung hari dalam mimpi
Oh, mimpi

"Selesai surat ini kau tatapi
Aku harap kau mengerti
Setelah ini antara kita
Akan tiada pertemuan lagi"



Credits
Writer(s): Salman Shariff, Hassan Habsah
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link