Hanya Dalam Gagasan

Dapatkah kau mengerti
Tidak ku berdiam diri
Dapatkah kau selami
Perasaan di jiwa ini

Janganlah kau ambil hati
Cemburu atau benci
Kerana aku memang begini

Ada sesuatu di dalam gagasan
Tak dapat ku nyatakan dengan perkataan

Kau carilah aku sayang
Dalam mimpimu dalam resah dan rindu

Cinta itu sungguh luas
Tanpa sempadan dan batas
Bagi orang yang mengerti
Hakikat cinta pada ilahi

Hanya dalam gagasan
Yang dapat aku rasakan
Keindahan segala ciptaan

Ada sesuatu di dalam gagasan
Tak dapat ku nyatakan dengan perkataan

Kau carilah aku sayang
Dalam mimpimu
Kau carilah aku sayang
Dalam mimpimu dalam resah dan rindu



Credits
Writer(s): Mohd Nasir Mohamed, Syed Mohd Amind Syed Hashim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link