Kesempatan Kedua

Aku menerima segalanya tentang dia
Dengan berlapang dada
Dengan ketulusan rasa
Kerana aku percaya
Setiap dari kita
Tak terlepas dari palitan dosa

Terima kasih kerana menasihatiku
Sahabat ku yang sejati
Pandanganmu 'ku hargai
Namun sekali ini
Izinkanlah daku
Memilih jalan kusendiri

Biar hitam masa silamnya
'Ku terima dengan ketulusan rasa
Bagiku setiap manusia
Punyai hak diberikan kesempatan kedua

Terima kasih kerana menasihatiku
Sahabatku yang sejati
Pandanganmu 'ku hargai
Namun sekali ini
Izinkanlah daku
Memilih jalan kusendiri

Biar hitam masa silamnya
'Ku terima dengan ketulusan rasa
Bagiku setiap manusia
Punyai hak diberikan kesempatan kedua

Memandu dirinya
Semua amanah
Moga dengan 'ku dia berubah

Oh... oh... oh...
Tentang dia
Dengan ketulusan rasa
Bagiku setiap manusia
Punyai hak diberikan kesempatan

Sahabat setia
Andai 'ku kecewa
Aku redha
Kerana telah berusaha



Credits
Writer(s): Azlan Bin Abu Hassan, Habsah Bte Hassan
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link