Hanya Satu Persinggahan

Di sini kasih pernah berbunga, tiada harum, tiada warna
Di sini cinta pernah membara tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang kurasa hidup kita berdua

Di sini langit mendung selalu, tiada cahaya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu aku tidak sepadan denganmu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh, kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna

Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan daripada dekat penuh seksa
Biar berduka, biar melara dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harap ku menghambakan diri

Nanti kau tahu ertinya sepi bagaikan pisau menghiris hati
Nanti kau tahu ertinya rindu bagai tersusuk duri sembilu
Batin akan terseksa, jasad pasti merana olehnya

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku, oh, kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna...



Credits
Writer(s): Syed Mohd Amin Syed Hashim, Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link