Ramalan Ku Benar Belaka

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku
Di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu bahawa aku takkan kehilanganmu

Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta andai insan lain di hatimu bertakhta

Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah
Yang kesudahan aku parah

Kesudahan aku parah

Credits
Writer(s): Saari Jusoh
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link