Pukul Tiga Pagi

Pukul tiga pagi tidurlah intan
Besok bangun lagi, senda gurauan
Bangun pagi-pagi, hai, renung ke awan
Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan

Kanda pergi kerja jauh di kota
Dinda jaga rumah, jangan main mata
Nanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang-panjang
Dinda jangan bimbang, bujang
Bukan mata keranjang, sembahyang

Jam sudah pukul tiga pagi
Apa lagi dinda? Tidurlah intan
Besok, dinda boleh bangun lagi
Sesudah itu, kita boleh bersenda gurauan

Kalau bangun, mesti pagi-pagi tau
Jangan lupa renung ke awan
Ah, ah, ah, ah, itu mesti selepas gosok gigi
Selepas minum kopi satu cawan

Kanda pergi kerja jauh di kota
Dinda jaga rumah, jangan main mata
Nanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang-panjang

Dinda jangan bimbang
Sumpah, kanda tak pernah kahwin, bujang
Bukan mata keranjang
Kalau tak percaya tanya Saloma, sembahyang



Credits
Writer(s): P. A.m.n Ramlee, S Sudarmaji
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link