Sabtu 1988 (Intro)

Yo yo aha
Hip hop
Check, check, mak check, mak chec,k oh ma check ah
Lego lego ha
Say what!
Ah ah

Aku imbas balik hari sabtu nineteen eighty eight
Aku keluar hasil mak bapak
Aku colabrate
Di hospital besar Kuala Lumpur

Yes Kuala Lumpur but
Ada yang panggil KL tu kuala loco
Okay lagu ni bukan pasal KL
Bukan pasal budak tulis lirik guna pensel

Ini ekspresi cara express
Nak masuk otakku bukan semua boleh access
Dan untuk success aku cuba cakap benar
Even hidup tak warna warni macam color luna

Sebab ramai si kanina cipta watak replika
Ramai jugak yang kena fuck mungkin aku penzina
Mungkin aku ni sial buat mereka meluat

Mungkin pabila ku muncul buat mereka tak kuat
Hiphop semakin tenat konon sebab aku
Bro aku tak bunuh hiphop buat hiphop bunuh kamu

That's the fact bro
Cuz aku keep it real
Aku masih lagi hustle untuk bayar semua bil
Aku still duduk flat
Aku still pakai Honda
Bukan tayar empat aku punya dua roda

Masih makan gaji
Masih kerja keras
Masih guna kederat untuk sekati beras
Dan kalau ini sebabnya kau kata aku penyebab industri kita binasa

Sorry bro industri kita dah lama celaka
Dari zaman hitam putih sampai kini berwarna
Kerana wujudnya spesis seperti kau
Ketawakan si bisu padahal engkau pon sengau

Aku jujur sejak sembilan belas delapan delapan
Bila aku lahir terus rap jadi sarapan
Ini sumpahan aku ketagih bunyi bunyian
Bukan rekaan macam bukit broga punya bunyian

Sabtu aku lahir ahad aku mahir
Dengan lakonan watak watak dunia yang hadir
Mereka lihat Zahir
Lalu mudahnya mereka label seseorang itu kafir

Sebab tu ku rela jadi balik budak budak
Walaupon tak berduit ku masih boleh gelak
Kawan kawan sebaya semua tulus takde bongkak
Kalau satu kawan jatuh semua kawan dapat bengkak

Dulu boleh happy sebab tak banyak ulah
Belum wujud makcik makcik macam medusa
Belum ada pakcik pakcik yang berlagak macam Tuhan
Belum ada cendekiawan otak bahan kumbahan

Semakin ramai penghukum nak lawan sang pencipta
Hukum alam benci yang Tuhan benci kau cinta
Tiba lagi kini kau pinta
Hukuman kini kau cipta

Diturutkan merana tak diturutkan pon sama
Hakikatnya aku dah dewasa
Kenangan lalu bagai emas dan suasa
Ramai sebok kejar harta dan kuasa
Sedangkan aku masih terpaksa berpuasa

Dah puas ke? Hidup ni puas ke?
Kadang aku fikir aku dah tewas ke
But aku perlu kuat untuk keluarga
Takkan bersara walau tenaga ku takde harga
Ah yo yeh ah

Takkan bersara walau tenaga ku takde harga
Ah lego yo
Takkan bersara walau tenaga ku takde harga



Credits
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link