Hari Sial

Yeah, yeah

Nasib atau takdir kita harus telan
Even sempit atau berliku, tetap perlu jalan
Kau takkan tahu apa kat depan
So hati-hati bila mula jalan
Perhatikan, 'cause banyak ular mahu jadi kawan

Aku benci dengan sistem, ramai kawan sangkut
Peluang hidup mewah tapi awas black marial
Bila-bila boleh datang angkut
Tu sial, itu hari sial

Free my brother Sam, free my uncle Sam
Free my cousin in black
Sampai bilakah kita nak jadi suspek, eh
Mula-mula aku kena perlima dua (perlima dua)
Eh, tarik picu saat tepat kat depan muka

Dari gari pakai rantai anjing
Dikurung dalam bilik hancing
Dikandang saat kes dibaca
Kadang ada yang sampai mula terkencing

Tapi yang pasti
Kita tetap menentang setiap peluang
Even hampir mati aku jadi lali
So biarkan aku jadi macam benji

Anak-anak ramai hancur
Emak sibuk nak melacur
Si bapak ayam masih mencari modal anak kampung untuk melabur

Ini hakikat dunia (Yeah)
Syurga buat si mereka (Yeah)
Tapi neraka bagi kawan-kawan kita yang sedang di penjara

Yeah-yeah, eh, sampai bila nak berdiam
Yeah-yeah, eh, takkan sampai nyawa padam
Yeah-yeah, eh, budak-budak simpan dendam
Kasi hadam, kasi padam, kapal yang besar kita kasi karam

Aku berjanji dengan diriku nak hidup senang sampai ke akhir waktu
Even jalannya beribu batu kekal sama dengan satu Nawaitu

Lain orang tentu lain cara
Lain kisah lain kes bicara
Tapi yang pasti jika kau berduit
Salah tak disabit

Mana-mana keadilan
Waktu ku hadap hari sial
Lampu biru di jalanan
Awas jangan sampai terkial

Eh, eh, di antara gari dan picagari
Eh, eh, terus berjuang atau cabut lari
Eh, eh, di antara gari dan picagari
Eh, eh, terus berjuang atau cabut lari, uh



Credits
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link