Dendangan Buat Si Mati

Jika boleh ku beli nyawa
Sudah lama ku beli lima
Agar aku tak takut pada najis kaki lima
Yang hanyir, yang kotor, yang jijik dipandang
Yang sial, yang sundal, dan betina jalang

Jika boleh ku beli jiwa
Sudah ku simpankan
Satu aku letakkan bersebelahan iman
Jika boleh ku beli usia
Setiap waktu muda ku yakin tak dipersia

Di persilakan senaraikan
Katakanlah apa kau mahukan
Yakinlah bahawa aku raja segala raja baru
Aku makbulkan segalanya yang kau pinta

Sang syaitan yang direjam sering berbisik
Di rongga telinga ku kadang di hati terdetik
Bagaimana kalau diri aku tersilap langkah
Hati akal dan jiwaku semua habis diratah

Lagu ni dendangan buat si mati, uuh
Semoga cepat kau bangun kembali, uuh
Pulanglah, pulang kau tetap dinanti, uuh
Yeah-yeah, yeah-yeah, yeah-yeah, ooh

Jika boleh ku beli akal
Sudah ku gunakan sebaik mungkin
Akal ku pilih yang terbaik ilmu tak miskin
Supaya dapat ku berdiri di kalangan bijak pandai
Ku bahaskan semua aku bantai

Jika aku boleh beli masa
Aku hentikan waktu 'ku untuk seketika
Atau aku cuba patah balik waktu dulu
Cuba ubah semua aku punya salah laku

Di persilakan senaraikan
Katakanlah apa kau mahukan
Yakinlah bahawa aku raja segala raja baru
Aku makbulkan segalanya yang kau pinta

Nah, dia berbisik lagi situasi jadi tegang
Semua pilihan yang ada buat aku bengang
Mana arah tuju aku makin keliru
Takut nanti aku ikut kata suara tu, uuh

Lagu ni dendangan buat si mati, uuh
Semoga cepat kau bangun kembali, uuh
Pulanglah, pulang kau tetap dinanti, uuh
Yeah-yeah, yeah-yeah, yeah-yeah, ooh



Credits
Writer(s): Ical Mosh
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link