Orang Macam Aku

Sangkakala on the track

Kediaman aku bukan rumah mewah
Makanan aku level orang bawah
Kadang berlauk, kadang hanya kuah
But, aku rasa aku ini bertuah

Terkadang aku renung nasib orang lain
Hidup susah walau buat habis rajin
Kalau tak mahu bantu
Jangan kau hina orang-orang macam aku

Aku kenal satu makcik
Menyara keluarganya dengan berniaga
Di kaki lima jalanan ibukota
Jual nasi lemak tak pernah cuti berkerja

Tapi, malang tak berbau, kedainya disapu
Menangis merayu hilang perasaan malu
Disaksikan manusia kejam
Ada yang simpati dan ada yang tukang rakam

Lain pula ceritanya dengan satu ibu tunggal
Besarkan anaknya, suaminya lama ditinggal
Kerana gila perempuan seberang
Kini hidup tak bersuami, tapi lebih tenang

Di lorong gelap hanyir dia jual dadah
Alasan zaman kini cari kerja susah
Di hari siang masyarakat semua ludah
Di malam hari menangis atas sejadah

Kediaman aku bukan rumah mewah
Makanan aku level orang bawah
Kadang berlauk, kadang hanya kuah
But, aku rasa aku ini bertuah

Terkadang aku renung nasib orang lain
Hidup susah walau buat habis rajin
Kalau tak mahu bantu
Jangan kau hina orang-orang macam aku

Aku tak perlukan pakaian yang rapi
Apa yang ku mampu, aku pakai tiap hari
Disetiap langkah ku always berhati hati
Cuz tak mungkin esok aku tahu apa jadi

Ada yang mahu jadi "Runner"
Ada yang mahu berniaga
Ada yang kata niat tak halalkan cara
But, yang haram je pilihan sedia ada

Main kejar kejar dengan pak polisi
Lumrah orang susah sebahagian dari kondisi
Aku datang niat pecahkan tradisi
Setiap penulisanku cetuskan revolusi

Aku pasti dan aku yakin
Setiap orang kaya itu berasal dari miskin
Cuma nasib jika terpilih
Kalau takde nasib sampai mati disembelih

Kediaman aku bukan rumah mewah
Makanan aku level orang bawah
Kadang berlauk, kadang hanya kuah
But, aku rasa aku ini bertuah

Terkadang aku renung nasib orang lain
Hidup susah walau buat habis rajin
Kalau tak mahu bantu
Jangan kau hina orang-orang macam aku



Credits
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link