Pantun Budi (with Orkestra Filharmonik Malaysia) [Live]

Saya sebelum menyanyikan lagu yang berikut ni
Saya kalau berjenaka, bercerita-cerita pasal orang Arab
Jangan marahlah, ya, ini cerita-cerita ja, tak ada apa-apa
Just for fun, you know?
Haa, this, okaylah, kalau ada Arab, ada Mamak
Ada orang-orang Minang, lingkup
Dia orang tu pandai

Saya balik daripada Conggo tahun 61
Saya singgah banyak tempat
Saya singgah di Cairo
Saya tengok orang Arab ni sembahyang
Di mana-mana tempat dia sampai, masuk waktu
Terus sembahyang, tak peduli
Masuk waktu, sembahyang
Sembahyang, dia sembahyang

Zaman-zaman dulu tahun 50'an
Ada Arab-Arab ni masuk kampung jual
Kalau ada la orang-orang lama, Ingat tak?
"Celak mata, gelang kaca, cincin batu akek"
Semua kan, ada kan?

Satu kali entah macam mana dia menjual-jual macam tu
Sampai dekat kampung Jawa
Dia nak sembahyang maghrib
Jawa pula jadi dia punya imam
Tak apalah, dia sembahyang

Kalau ada orang Jawa, jangan marahlah, ya
Orang Jawa kalau sembahyang memang khusyuk
Jadi pak imam dia orang Jawa
Arab jadi makmumlah, tak ada
"Sudah siap, semua sudah"

"Usolli, Allah", tak betul jugak
Arab ada perhati ja
"Usolli, Allah", tak betul jugak
Sampai lima, enam kali tu
Arab marah, dia meniaga

"Ana jadi imam, enta jadi makmum"
"Ahh, pak syeikh, pak syeikh, pak syeikh"
"Silakan, silakan, silakan"
Dia pun jadi imam
"Sudah, sudah, sudah siap"
"Usolli, Allahuakhbar"
Dia paling, "tengok, satu kali saja"

Dia boleh, dia boleh pandang belakang tu
"Tengok, satu kali saja"
Pembohong, ini cerita pembohong
Tak usah dengarlah ini semua
Nanti saya ceritakan lagilah

Itu pasal, orang Arab ni
Unta tu kalau dulu-dulu tu
Unta kalau boleh bercakap tu
Besar mulut unta tu
Oleh sebabkan Arab jaga dia
Langsung tak tahu bercakap, bodoh
Takut

Apa pun saya akan sampaikan satu lagu
Pantun Budi, ini lagu tradisional
Seni liriknya saya tulis sendiri

Memanglah, kita berkasih ni
Kasih salah, budi lain
Kasih lain, cinta lain
Yang mana satu nak diturutkan
Ah, beginilah lagunya
Pantun Budi

Kalau menebang, kalau menebang
Si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai, sayang
Papan di Jawa dibelah-belah

Kalaulah hidup, kalaulah hidup
Tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai, sayang
Umpama pokok tidak berbuah

Bunga selasih, bunga selasih
Si bunga padi
Buat hiasan, aduhai, sayang
Buat hiasan di dalam taman

Pertama kasih, pertama kasih
Kedua budi
Yang mana satu, aduhai, sayang
Yang mana satu nak diturutkan?

Datuk Laksmana, Datuk Laksmana
Ke bangka hulu
Berlayar kapal, aduhai, sayang
Berlayar kapal membawa dagang

Bagailah mana, bagailah mana
Kapal nak lalu?
Kuala sudah, aduhai, sayang
Kuala sudah dilengkong karam

Bungalah padi, bunga padi
Bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga

Buahlah hati, buahlah hati
Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai, sayang
Hamba menumpang gembira sahaja



Credits
Writer(s): . Traditional, Salim Bin Sheikh Mohammed
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link